Thursday 26 January 2012

My Best Friend

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Tidak pasti panggilan yang ke berapa. Sejak petang ia berdering minta dijawab. Nadira melihat nama si pemanggil. Jantungnya berdegup kencang ketika dia membuat keputusan untuk menjawab panggilan itu.

“Dira, kat mana ni? Dah pukul 8.30 malam ni,” Kimmy meluahkan kebimbangan menerusi telefon sebaik terdengar bunyi telefon dijawab.

Nadira tidak menjawab segera. Dia sedang memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada suaminya itu.

“Mmmm… Dira kat office lagi… sikit lagi jer ni. Lepas tu Dira balik,” jawabnya teragak-agak.

“Banyak kerja ke? You tak pernah balik lewat pun,” balas Kimmy.

Nadira tidak menjawab. Diam adalah jawapan terbaik.

“Takpelah, nanti kalau you dah habis kerja just give me a call. I’ll come and fetch you, okay!”

Cepat-cepat Nadira mematikan talian. Dia mendengus perlahan. Memang benar dia berada di pejabat. Namun bukan tugas pejabat yang dilakukan. Dia cuma sedang melayari Internet, sekadar membuang waktu. Seboleh mungkin, dia tidak mahu berjumpa Kimmy lagi. Tapi sampai bila?

Kimmy menghempaskan tubuhnya ke sofa empuk di ruang tamu kondonya. Lapar. Letih. Keliru. Kecewa. Semuanya berkecamuk dalam mindanya. Dia tahu Nadira melarikan diri daripadanya. Sebulan lebih mereka berkahwin, Nadira tidak pernah pulang lewat daripadanya. Pekerjaannya sebagai kerani membolehkan dia pulang awal, berkemas rumah dan menyediakan makan malam tepat pada waktunya. Tetapi hari ini, Nadira memang sengaja tidak mahu berjumpa aku!

Matanya dipejamkan rapat-rapat sambil fikirannya melayang ke peristiwa yang berlaku kelmarin. Peristiwa yang menyebabkan Nadira menjauhkan diri. Peristiwa yang menjadikan Nadira adalah hak mutlaknya lahir dan batin. Sesuatu yang dibenci Nadira. Tetapi dia telah lakukan.

Nostalgia tujuh tahun lalu bertandang dalam mindanya. Nurul Nadira, pada pandangannya seorang gadis yang cantik dan menawan. Secantik namanya. Mereka berkawan rapat sewaktu mengambil peperiksaan STPM. Asalnya, mereka sekadar teman biasa di dalam kelas. Namun kekerapan bertembung di perpustakaan luar daripada sekolah menyebabkan mereka sering ke situ bersama-sama untuk mengulangkaji pelajaran. Nadira bercita-cita tinggi, dia mahu menebus kesilapannya semasa menduduki peperiksaan tingkatan lima, SPM. Oleh kerana tidak mampu ke kolej persendirian, dia meneruskan persekolahan ke tingkatan enam. Manakala Kimmy pula, dia memang bercita-cita ke tingkatan enam sebelum menyambung pelajaran di luar negara.

Daripada teman biasa, persahabatan mereka menjadi akrab. Ibarat belangkas. Keluarga masing-masing juga telah dikenali. Kimmy benar-benar senang dengan persahabatan itu, dalam diam dia menyimpan perasaan yang lebih dari itu. Dia sememangnya menyayangi teman seperjuangannya itu tanpa diketahui sesiapa. Alasan belajar bersama sering digunakan untuk membolehkannya dia bertemu Nadira hampir setiap hari. Dalam masa yang sama juga dia tahu Nadira mempunyai ramai peminat lelaki di sekolah mereka. Cuma Nadira yang telah bertekad tidak akan leka lagi demi masa hadapannya. Kerana dibuai kelekaan akan dirinya yang cantik membuatkan dia hampir gagal sewaktu di tingkatan lima. Menyesal tak sudah dia dengan keputusan buruknya itu. Oleh itu, dia berazam untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran untuk menebus kesilapannya yang lalu.

Hanya dua faktor yang membolehkan dia merapati Nadira ; dia berketurunan Cina dan layanannya terhadap Nadira tidak pernah lebih daripada kawan.

Argh! Kimmy menjerit di dalam hati. Nadira tidak tahu betapa teruknya dia memendam perasaan terhadap gadis itu. Dia terpaksa menahan rasa kerana dia tahu benar tekad Nadira ketika itu. Dia memang sudi berkawan dengan mana-mana lelaki yang ingin menghulurkan persahabatan, tetapi jika lelaki itu mula melebih-lebih terus ditinggalkan sahaja. Dan dia tidak mahu ditinggalkan Nadira.

Selepas keputusan STPM yang cemerlang bagi mereka berdua, hanya dia saja berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nadira kematian bapa tirinya dan dia terpaksa berkorban menampung pengajian adik-adiknya yang masih kecil.

Entah kenapa, persahabatan mereka yang baik telah terputus di tengah jalan begitu sahaja. Lantaran kesibukannya sebagai pelajar telah membataskan dia untuk menghubungi Nadira selalu. Kali terakhir bapanya memberitahu Nadira telah berpindah pulang ke kampung mereka kerana tidak betah lagi tinggal di kota dimana segala-galanya memerlukan wang. Hanya sekeping gambar yang dibawa bersamanya menjadi pengubat rindu.

Sekembalinya dia ke Malaysia dan mungkin juga sudah jodohnya, dia bertembung dengan Nadira di sebuah pasaraya di ibu kota. Aduhai… Nadiraku ini memang cantik betul! Kali ini, dia pula bertekad yang Nadira mesti menjadi miliknya.

“Dira pernah bertunang di kampung dulu,” ujar Nadira ketika mereka minum petang di sebuah restoran. “Tapi dia cuba buat tak baik kat Dira… mmm… Kimmy faham kan?” dia menundukkan wajahnya. Pilu.

Kimmy mengangguk perlahan. “Sebab itu Dira datang KL?”

Giliran Nadira mengangguk. Kemudian dia mula membuka cerita.

“Dira hidup susah lah, Kimmy. Pada mulanya berat hati nak tinggalkan kampung sebab emak pun tak berapa sihat. Adik Dira ada dua orang masuk U. Tapi bila jadi macam tu, Dira tekad tinggalkan kampung. Dira tak mahu tengok dia lagi…,” airmata mula bergenangan di mata Dira.

“Tapi dengar cerita dia ada di KL ni, dia tengah cari Dira. Dira takut…”

“Dah berapa lama dia di KL?” soal Kimmy.

“Tak tahulah, tapi dengarnya dah lebih seminggu. Dira cuma keluar bila pergi kerja dan balik kerja. Tengahari pun dah tak keluar lunch. Dira takut terserempak dengan dia,” jawabnya.

Kimmy menghela nafasnya perlahan. Matanya tidak lepas menatap wajah Nadira yang masih cantik dan mendamaikan.

“Kimmy, mungkin Dira kena pindah dari KL. Dira mesti lari daripada Fauzi. Dia takkan lepaskan Dira nampaknya.”

Kimmy terkejut. Pindah? Bermakna mereka tidak akan berjumpa lagi?

“Dira nak pindah ke mana?”

“Entah, asalkan takde orang yang boleh cari Dira. Lagipun buat apa Dira bagi tau, nanti Kimmy tahu pulak.”

Kimmy runsing. Dia percaya, pertemuan kali ini dengan Nadira adalah petanda bahawa dia harus memiliki gadis berkulit putih bersih ini. Dia harus mencari jalan agar Nadira tidak akan pergi ke mana-mana lagi.

“Dira, you pindah rumah I je lah,” sarannya tiba-tiba. Nadira mengerutkan dahi.

“Pindah rumah Kimmy? Maksudnya, Dira sewa rumah Kimmy?”

Kimmy menggeleng-gelengkan kepalanya. “Pindah rumah I, duduk serumah dengan I, tak payah bayar sewa, tak payah bayar apa-apa. Kahwin dengan I, okay?”

Nadira semakin terkejut. What a shock! Pelbagai soalan singgah di fikirannya.

“I have converted to Muslim two years ago, if that is what you are thinking. Nama Islam I, Muhammad Hakimi Choo Abdullah. You still can call me Kimmy,” terangnya tanpa menunggu Nadira berkata apa-apa.

“We are good friends, Dira. We know each other very well. I sayangkan you sebagai kawan I, so I’ll protect you. And I promise that I won’t touch you after we got married. Kita akan tidur bilik berasingan. Bila sampai masa you jumpa lelaki yang you rasa sesuai jadi suami you, I will let you go. You setuju?”

Nadira kelihatannya agak bingung. Baru saja meluahkan kebimbangan di hati, dia sudah mendapat tawaran yang lain. Kimmy hanya mahu menjaganya, sekiranya dia bertemu lelaki lain dia akan dibebaskan. Kimmy juga berjanji tidak akan ‘menyentuhnya’. Bukan itu sahaja, Kimmy telah masuk agama Islam rupanya. Betapa bersalahnya dia kerana tiada di sisi Kimmy sewaktu lelaki itu mungkin memerlukan nasihatnya.

“Dira, I just want to make sure that Fauzi cannot disturb you anymore. Believe me,” kata-kata Kimmy mula mendapat perhatian Nadira. Dia tersenyum sedikit tanda kelegaan. Sekurang-kurangnya sahabat baiknya ini masih sudi membantunya yang sedang di dalam kesusahan.

Akhirnya Nadira bersetuju dengan cadangan Kimmy. Dalam masa sebulan selepas itu, mereka dinikahkan dan majlis resepsi bagi kedua-dua pihak dijalankan dalam keadaan yang sederhana sahaja.

Seperti yang dijanjikan, Kimmy telah menyediakan sebuah bilik khas untuk Nadira di dalam kondo miliknya. Rutin harian mereka berjalan seperti biasa. Pagi, masing-masing akan sibuk bersiap ke tempat kerja. Petang pula, Nadira akan pulang dahulu dan Kimmy akan pulang pada malam hari. Selepas makan, mereka akan berbual-bual mengenai kisah silam, mengenai hal masa hadapan dan kemudian masuk ke bilik masing-masing dan tidur.

Namun, ketika usia perkahwinan baru menjengah satu bulan, Kimmy sudah mula lupa pada janji-janji yang ditaburkan pada Nadira. Mana mungkin, seorang lelaki yang telah menikahi seorang perempuan secara halal dapat menahan nafsu lelakinya yang semulajadi ada. Dia lelaki normal, yang mempunyai perasaan terhadap kaum wanita. Tambah lagi, wanita yang tinggal bersamanya adalah wanita yang dicintainya. Yang telah bertakhta di hatinya sejak sekian lama.

Nadira tidak pernah menggoda, malah perlakuannya tetap sama seperti tujuh tahun dahulu. Tetapi hatinya sendiri yang tergoda. Melihatkan ketawa Nadira, melihatkan layanan Nadira, melihatkan susuk tubuh Nadira yang terdedah secara tidak sengaja. Sesekali mereka bersentuhan. Dia cuba menahan gelora di hati dan sentiasa mengingatkan dirinya tentang janji yang telah dimeterai. Sukar bagi dirinya ingin mengotakan janji-janji yang telah dibuatnya sendiri. Wanita yang dipuja dalam diam, siang dan malam itu kini telah sah menjadi miliknya tetapi dek kerana sebuah janji dia terpaksa menahan segala perasaannya.

Akhirnya dia tidak betah lagi tinggal di rumah. Dia bencikan dirinya yang tidak boleh membelai Nadira sebagai isterinya. Kimmy mengambil keputusan supaya tidak banyak berbual dengan Nadira. Dia tidak mahu melihat Nadira ketawa atau bergurau-senda. Semua itu hanya menambahkan derita di hatinya.

Nadira mula perasan akan perubahan ini. Sudah seminggu dia memasak tetapi Kimmy akan pulang lewat tanpa memberitahunya. Kain baju kotornya disimpan, puas Nadira mencari dan bila ditanya Kimmy memberitahu dia sudah menghantarnya ke dobi. Nadira tidak mengerti. Kenapa tiba-tiba Kimmy berubah laku?

“Kimmy, malam ni balik lambat lagi ke?” tanya Nadira melalui telefon pada suatu petang semasa di pejabat.

“Kenapa you tanya?” soal Kimmy kembali.

“Kalau Kimmy balik lambat dan tak makan, Dira tak payah masak ya? Dah seminggu lauk terbuang,” jawab Nadira berhati-hati.

“I balik lambat malam ni.” Klik. Talian dimatikan. Nadira terkejut. Dadanya mula terasa sebak dan airmata serasanya hendak gugur saat itu.

Sudah seminggu dia tidak berkomunikasi dengan Kimmy seperti selalu. Kimmy akan keluar awal pagi sebelum dia keluar dan pulang lewat malam, selepas dia tidur. Selalunya Nadiralah yang akan menelefonnya bertanyakan perihal Kimmy. Itu pun dia harus menggunakan telefon pejabat. Kalau telefon bimbit, setiap panggilan atau sms tidak dijawab. Dia mula merasakan sesuatu yang aneh dalam perhubungan ini.

Nadira sedang minum petang di sebuah restoran bersama rakan pejabatnya ketika Kimmy menelefonnya bertanyakan dia di mana.

“Dira, kat mana ni?” tanya Kimmy.

Gugup Nadira bila Kimmy menanyakan soalan itu.  Bukankah tadi dia kata pulang lambat?

“Err.. Dira tengah minum petang,” jawabnya teragak-agak.

“Dah pukul berapa ni? I lapar lah, kenapa you tak masak?!” suaranya kedengaran tinggi. Kecut perut Nadira mendengarnya. Tidak pernah Kimmy meninggikan suara padanya.

“Tadi Kimmy cakap balik lambat, so Dira tak masaklah. Dira pun makan kat luar ni, lepas ni Dira baliklah,” balasnya mempertahankan dirinya.

“I kata balik lambat, tapi I tak kata I tak makan malam. Boleh tak you balik sekarang dan masak? You makan dengan siapa tu?” api cemburu mula membakar hati Kimmy bila mengetahui pastinya Nadira tidak makan keseorangan ketika itu.

“Okaylah Dira balik sekarang,” ujarnya tanpa menjawab soalan Kimmy. Talian cepat-cepat dimatikan dan dia buru-buru keluar dari restoran lalu pulang ke rumah.

Perjalanan ke rumah yang mengambil masa 15 minit terasa cukup lama. Kelam-kabut dia ingin pulang ke rumah. Sesampai di rumah, Kimmy sudah menunggu dengan muka yang kelat. Marahnya masih bersisa kerana Nadira tidak menjawab soalannya; makan dengan siapa tadi?

Nadira masuk dan terus ke dapur lalu memulakan proses untuk memasak tanpa bercakap apa-apa dengan Kimmy. Kimmy pun diam sahaja. Selesai makan, dia mandi dan bersiap-siap untuk keluar kembali.

“Kimmy, nak pergi mana?” tanya Nadira memulakan bicara, sambil tersenyum.

“Eh, kenapa you nak tahu?” soalnya kembali dengan kasar. Nadira tersinggung.

“Dira tanya je... janganlah marah,” ujar Nadira lesu. Hatinya bagai dihiris sembilu kerana dimarahi padahal dia tidak tahu apa kesalahannya.

“You jangan sibuk-sibuk tanya I nak ke mana. You tu, balik kerja patutnya terus ke rumah. Jangan suka melencong ke tempat lain. You masih tak cakap dengan siapa you makan tadi!”

“Dira makan dengan Jane lah.”

“Kalau makan dengan dia, kenapa tak cakap dari tadi? Atau nak reka alasan?” serangan yang penuh bisa. Nadira makin tersayat hatinya. Senyuman tiada lagi di wajahnya.

“Kalau you melencong lagi, you berhenti kerja! I mampu nak tanggung you.”

Nadira terkedu. Eh, ini dah melampau!

“Apa ni, kawal hidup Dira pulak! Kimmy ingat Kimmy siapa?” Nadira mula memprotes.

Kimmy menghampirinya. “I’m your husband, ingat tu!” selepas itu dia terus keluar ke rumah dan tinggallah Nadira bersama airmata yang bercucuran menemaninya. Kenapa secara tiba-tiba Kimmy mengingatkan tentang status ‘suami’ itu. Bukankah dulu Kimmy juga yang berjanji, sekiranya aku bertemu lelaki lain maka talak akan dijatuhkan. Bukankah hubungan aku dengan dia hanya sekadar kawan baik? Bukankah dulu dia mengahwini aku sekadar melindungi aku daripada Fauzi?

Keesokan paginya mereka berdua tidak bekerja, cuti hari Sabtu. Kimmy mengajak Nadira keluar untuk membeli barang. Nadira menurut sahaja, dia tidak bertanya langsung barang apa yang ingin dibeli. Hatinya masih sebal dengan kejadian malam tadi. Malas rasanya hendak berbual dengan Kimmy lagi. Pagi tadi, sebaik sarapan disiapkan dia terus masuk ke bilik. Tidak mempelawa Kimmy atau makan bersama seperti selalu.

Sesampai di KLCC, Kimmy menuju ke sebuah butik yang menjual pelbagai jenis gaun berserta dengan aksesori yang cantik-cantik belaka. Sehelai demi sehelai baju dicuba Nadira. Akhirnya Kimmy berkenan dengan sehelai gaun G-string berwarna merah hati labuh paras kaki. Sehelai selendang nipis digunakan untuk membalut bahagian atas badan yang agak terdedah. Seksinya! Desis hati kecil Nadira ketika baju itu dipakai. Dia tidak sanggup melihat mata Kimmy yang memerhatinya dari atas hingga ke bawah semasa dia sedang mencuba pakai baju itu. Namun itulah baju yang digemari Kimmy. Gila betul! Aku tak pernah pakai baju seksi macam ni. Dahlah kainnya terbelah belakang.

Malam itu Kimmy membawanya menghadiri satu jamuan makan malam anjuran pejabatnya. Nadira memang tidak diberitahu tentang perkara itu. Dia hanya menurut ajakan Kimmy tanpa bertanya apa-apa. Kimmy akui Nadira memang benar-benar cantik pada malam ini. Nadira yang jarang bersolek itu, apabila sesekali berdandan memang anggun jadinya. Ingin saja dia mencium pipi Nadira dan mengucapkan rasa kasihnya yang tidak berbelah bagi, tetapi keinginan itu hanya bertandang dalam hatinya dan dia tidak mampu meluahkannya. Aku harus berpegang pada janjiku!

Di majlis itu, sedang Kimmy rancak berbual dengan rakan pejabatnya, seorang lelaki telah menghampiri Nadira yang sedang duduk di meja makan. Sebaik dia terperasan wajah Nadira yang tidak selesa, dia menghampiri mereka.

“Hi, I’m Hakimi. You kenal isteri I?” sapanya sambil menghulurkan tangan.

Lelaki itu agak terkejut dengan kedatangan Kimmy. Namun dia membalas salam Kimmy dengan wajah yang serius.

“Hai, saya Fauzi. Rakan Aizad, from Marketing Department.”

Entah kenapa, wajah Kimmy tiba-tiba terasa panas. Cemburu mungkin?

“Saya bekas tunang Nurul, kalau you belum tahu,” ujarnya tiba-tiba sambil tersenyum sinis.

“Hmm… I tahu, Dira did mention that. But anyway, dia pilih I sebagai suami dia. Kan sayang?” mata Kimmy mengerling ke Nadira lalu Nadira membalasnya dengan senyuman.

Hati Fauzi mula mendidih dengan perlakuan mereka berdua. Bertambah panas bila mendengarkan Kimmy memanggil bekas tunangnya itu dengan nama ‘Dira’. Sedangkan semua orang termasuk keluarganya menggunakan nama ‘Nurul’. Konon dia special sangatlah tu! Marah hati kecilnya.

“Oh, iya ke? I puji you kerana sanggup ambil dia jadi isteri you sedangkan dia dah jadi ‘bekas’ I,” ucapnya sambil menekankan perkataan ‘bekas’ itu.

Nadira mencelah. “Fauzi, cakap baik-baik sikit ya!”

“Hai, takkan Kimmy tak tahu pasal ni. Anyway, don’t worry. Sesiapa pun takkan tahu perkara ni kecuali kita bertiga.” Senyuman sinis Fauzi makin dibuat-buat. Sementara Kimmy sekadar senyum bersahaja.

“Takpelah Encik Fauzi. Yang lepas tu biarlah. Kita buka cerita baru ok! Jom sayang, I nak kenalkan you pada kawan I. So, jumpa lagi Encik Fauzi,” ujar Kimmy sambil menarik tangan Nadira untuk beredar dari situ.

Fauzi tersenyum puas. Puas hatinya dapat menyakitkan hati kedua pasangan itu.

Sementara itu, Nadira terus ditarik ke luar daripada majlis itu. Mereka terus menaiki kereta dan pulang ke rumah. Hati Kimmy benar-benar terbakar dengan sindiran Fauzi. Dia sendiri tidak tahu yang mana satu harus dipercayainya. Cerita Nadira atau Fauzi?

Dalam perjalanan, masing-masing berdiam diri. Nadira takut untuk bersuara melihatkan wajah Kimmy yang serius.

Sesampai di rumah, Nadira ditarik kasar dan ditolak masuk ke dalam bilik Kimmy. Kimmy menutup pintu dengan kuat dan membuka lampu bilik. Nadira mula kecut. Jantungnya mula berdegup kencang.

“Ok, Nurul Nadira. Let’s talk about this!” ujarnya sambil bercekak pinggang dan memandang tepat ke wajah Nadira. Nadira hanya mampu menundukkan wajahnya. Please Kimmy… jangan takutkan Dira! Rayu hati kecilnya yang tidak mungkin didengari Kimmy.

“I just want to know, betul atau tidak apa yang Fauzi cakap tadi?”

“Tak..,” jawabnya perlahan. Airmata mula bergenang. Kimmy yang diharapkan menjadi teman berkongsi masalah, sudah berubah. Sudah tidak selembut dulu. Sudah hilang sense of humor nya. I thought I can count on you, Kimmy... menangis Nadira di dalam hati.

“Oh, iya ke? Seorang cakap macam ni, seorang lagi cakap macam tu. Yang mana satu yang betul ni? Kalau betul you pernah buat benda ni, kenapa you nak rahsiakan dari I? Kenapa you nak reka cerita yang bukan-bukan? Kononnya cuba larikan diri dari Fauzi? Siapa yang betul, siapa yang salah ni?”

Nadira mula terasa maruahnya dipijak-pijak. Dituduh melakukan dosa, dituduh sebagai penipu.

“Dira tak reka cerita, Kimmy. Dira tak pernah buat benda tak senonoh tu dengan siapa-siapa pun. Dira ada harga diri lagi. Memang Dira miskin harta, tapi belum miskin maruah lagi,” ucapnya perlahan.

“So, betul lah Dira masih suci lagi?”

“Ya.”

“Prove it to me!”

Nadira mendongak. “What? Prove it to you?”

“Yes!”

“Dira tak perlu buktikan apa-apa pun. Jangan mengarut! You have promised you won’t touch me, Kimmy.”

Namun kata-kata Nadira itu tidak lagi masuk ke dalam akal fikirannya tatkala nafsu sudah menguasai diri. Dia nekad, malam ini dia mahu tahu jawapannya.

“That was before. Sekarang I terpaksa mungkir janji I sendiri. I just want to know the truth, Nadira,” ucap Kimmy bersahaja sambil tangannya sudah membuka butang kemejanya satu persatu.

Untuk apa Kimmy nak tahu? Penting sangat ke untuk Kimmy? Kimmy janji nak jaga Dira, kan? Kenapa Kimmy minta sesuatu yang Dira simpan untuk bakal suami Dira kelak. Kimmy dah lupa dengan janji yang Kimmy cakap hari tu ke? Persoalan yang hanya mampu tertubit dalam kotak fikirannya. Selebihnya ekor matanya hanya melihatkan tindak-tanduk Kimmy yang makin berani. Kemejanya sudah dibuka. Nadira mula menggigil. Tangannya sejuk. Airmata mula bercucuran. Antara sahabat dan suami, kenapa Kimmy mesti lakukan perkara ni? Aku tak salah, Kimmy.. percayalah..

Debaran di dadanya bergetar hebat bila selendang di bahu sudah melorot entah ke mana. Nadira menutup dadanya dengan kedua belah tangannya. Kimmy semakin hampir.

“Please, Kimmy... jangan buat Dira macam ni… Kimmy dah janji…” dalam esakan dan kepayahan dia mengeluarkan kata-kata itu. Berharap Kimmy mengasihaninya. Mula teringat emak di kampung, adik-adik yang lain. Setapak Kimmy menghampiri, setapak dia mengundur ke belakang.

Kimmy mula tersentuh dengan airmata jernih yang mengalir deras pada wajah Nadira. Tetapi nafsu telah menguasai segala-galanya. Nadira harus menjadi milikku secara mutlak!

Nadira meronta bila terasa dirinya dirangkul kemas oleh Kimmy. Dia tahu kudratnya tidak seberapa untuk melawan Kimmy yang bertubuh tinggi dan tegap itu. Entah bila, mereka sudah rebah di atas katil bersama. Gaun yang dipakai sudah melewati kakinya. Nadira menangis semahu-mahunya. Kali pertama ketika Fauzi cuba melakukan ini, dia berjaya melepaskan diri. Mujur ada orang yang lalu di belukar itu. Tapi malam ini? Pegangan Kimmy lebih kuat dan dia terasa tidak terdaya melawannya. Bibir Kimmy yang mencecah di serata tubuhnya membuatkan dia meremang dan menggigil ketakutan. Semakin kuat dia meronta, Kimmy menjadi lebih kuat daripadanya. Dan akhirnya, Nadira tidak mampu melawan lagi.

Ya, malam itulah puncanya Nadira menjauhkan diri. Keesokannya Nadira hanya berkurung di dalam bilik. Kimmy mati akal. Dia rasa bersalah, benar Nadira masih suci. Setompok darah dilihatnya berbekas di atas cadar. Di satu sudut yang lain, dia berasa puas dapat memiliki  Nadira sepenuhnya. Dia sayang dan cintakan Nadira. Tetapi kenapa Nadira tidak mahu mengerti?

Kimmy melihat jam di tangan, sudah melewati 9.30 malam namun Nadira belum pulang lagi. Perut yang lapar sudah tiada rasa lapar lagi. Dia bangun menunaikan solat Isya’. Tak ada gunanya menunggu Nadira. Nadira masih marahkan dirinya. Biarlah dia tenang dahulu.

Keesokan paginya, sebelum ke tempat kerja, Nadira menyuarakan hasrat untuk sambung belajar lagi. Dia tidak minta perceraian. Itu sudah cukup buat Kimmy. Tetapi dia mahu tinggal di kolej. Hmm... alasan untuk keluar dari rumah ini. Fikir Kimmy. Berat mana sekalipun hatinya, akhirnya Kimmy mengizinkan. Biarlah Nadira menggapai impiannya yang tidak kesampaian suatu ketika dahulu.

Tiga bulan sudah berlalu selepas Nadira kembali belajar. Hujung minggu, jika tiada hal yang penting berkaitan pelajarannya dia akan pulang ke rumah. Menguruskan rumah seperti biasa. Kadang-kadang memasak, kadang makan di luar. Ada juga menonton wayang atau pulang ke kampung. Perasaan rindu sentiasa bersarang di hati Kimmy. Nadira ibarat mawar berduri. Harum dan cantik, tetapi sukar dipegang. Sesekali tangan nakal Kimmy memegang tangan Nadira sewaktu melintas jalan. Ikut nasib, kalau genggamannya kuat, rentapan Nadira tidak berhasil. Dia tidak mempedulikan jelingan Nadira yang tajam.

Bila Nadira balik ke rumah, Kimmy akan meluangkan masa untuk belajar bersama-sama. Kesempatan sebegini digunakan sepenuhnya oleh Kimmy melayaninya bagaikan seorang puteri. Terusik hati Nadira dengan layanan baik yang diberikan Kimmy. Pernah beberapa kali Kimmy masuk ke biliknya dan mengemaskan buku-buku dan kertas yang bersepah di sana-sini ketika dia terlelap di atas katil. Sebelum keluar bilik, pasti Kimmy akan singgah dan mencium dahinya. Ataupun pipinya. Dia sedar perbuatan Kimmy namun dia terus berpura-pura tidur. Dia sudah dapat mengagak yang Kimmy tidak lagi menganggapnya sebagai ‘sahabat’, walaupun Kimmy tidak pernah berterus-terang padanya. Tetapi untuk seketika ini dia tidak mahu memikirkan tentang apa-apa lagi selain pelajarannya sahaja. Apa-apa pun akan diputuskan selepas dia tamat belajar, dua tahun lagi.

Namun tekadnya kali ini agak goyah, tidak sekuat tujuh tahun yang lalu. Dia mula rasa tergugat bilamana salah seorang teman sekuliah memuji-muji Kimmy. Kimmy baik, Kimmy handsome, berkarisma, gentleman, Kimmy itu Kimmy ini. Naik lemas telinga Nadira mendengarnya. Sehingga sanggup minta diperkenalkan Kimmy kepadanya. Dia tahu dia sendiri yang silap kerana memperkenalkan Kimmy sebagai sahabat baik sahaja.

“You kenal Shariza?” tersentak Nadira mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Kimmy. Siapa tak kenal Shariza, itu rakan sekelasnya yang gilakan Kimmy.

“My friend. Kenapa dengan dia?”

“She called me. Did you give her my number?”

Nadira terdiam seketika. Hari tu Shariza merayu-rayu meminta nombor Kimmy, dia terpaksa berikan. Perlahan dia mengangguk. Mesti Kimmy marah sebab aku tak cakap dia suami aku!

“Hmm... no wonder..,” Kimmy melepaskan keluhan yang berat. “Dira, I tak mahu berkenalan dengan sesiapa. Bagi jer tahu yang I dah ada pilihan hati sendiri.”

Nadira mula rasa bersalah. Dia tidak menyangka yang Shariza betul-betul akan menelefon Kimmy. Berani betul!

“I’m so sorry... but she insisted...”

Kimmy senyum. “It’s okay, dear. Nanti you bagi tahu dia ya,” ujar Kimmy sambil memegang lembut tangan Nadira.

Berdebar hati Nadira ketika tangan Kimmy menyentuhnya. Entah kenapa, tidak seperti selalu, dia membiarkan saja tangan itu menyentuhnya. Agak lama. Kemudian dia seperti baru tersedar. Cepat-cepat dia menarik tangannya dan bangun masuk ke bilik. Malu. Gembira.

Sementara Kimmy tersenyum menang dengan situasi tadi. Barulah pertama kali Nadira merelakan sentuhan tangannya. Tanpa marah-marah, tanpa jelingan tajam, tanpa rasa benci. Semakin kuat keyakinannya yang satu hari nanti dia akan dapat menawan hati isterinya itu.  Sepenuhnya!

Tiga minggu lagi peperiksaan akhir semester akan tiba. Nadira sedang mengelamun di meja studi, di kolej. Dia memikirkan kata-kata emaknya pagi tadi.

“Nanti pagi-pagi sebelum ambil peperiksaan, cium tangan suami. Minta ampun dan maaf. Minta dia doakan untuk kita supaya berjaya. Lagipun suami kamu yang menanggung semuanya kan? Ingat pesan mak ni, Nurul.”

Cium tangan? Aduii.. masalah ni! Aku pun dah dekat sebulan tak balik rumah. Cakap kat telefon je. Perlu ke cium tangan dia?

Nadira bersoal jawab sendiri. Dia sebenarnya sudah hampir sebulan tidak pulang ke rumah selepas peristiwa ‘sentuhan tangan’ itu. Mereka hanya berhubung di telefon. Dia tidak mahu pelajarannya terjejas. Tetapi dalam masa yang sama, rindunya begitu menggunung pada Kimmy. Entah, dia jadi malu untuk bertentang mata dengan Kimmy. Sebab itu dia cuba elakkan daripada pulang ke rumah. Dia sebenarnya malu untuk mengaku yang perasaannya terhadap Kimmy sudah berubah. Dia tahu dia sudah jatuh cinta pada suaminya itu. Tetapi dia terlalu malu untuk mengaku. Tidak wajar rasanya jatuh cinta pada sahabat baik. Tetapi dia sudah tidak dapat menahan perasaan ini. Wajah Kimmy sentiasa dalam fikiran. Kata-kata ibu sentiasa bermain di minda.

Tinggal tiga hari lagi peperiksaan bakal tiba. Aina datang sewaktu dia sedang berteleku di atas sejadah, baru lepas menunaikan solat Asar. Sekeping kad dihulurkan. Nadira sudah dapat mengagak siapa pengirimnya. Mestilah Kimmy. Terus saja ingatannya melayang pada pesanan ibu yang masih belum dilaksanakan. Cium tangan Kimmy, minta ampun dan maaf daripadanya. Hmm.... Nadira mengeluh perlahan sambil membuka kad itu berhati-hati. Kimmy jarang menghantar kad atau surat, selalunya sms. Entah kenapa debaran jantungnya terasa begitu kuat. Entah-entah dia nak lepaskan aku?

Sweet Nadira,

Wish you all the best in your coming final exams.
I know it’s not the right time to say this but ; I have no other way.
I found this sweet wordings from internet, an Indonesian song called Dealova.
And I dedicate this song just for you...

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang… dan sepi

Please Nurul Nadira...
Be my wife, forever...

Kimmy.

Ya Allah.... Nadira menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Airmata laju mengalir tanpa disuruh. Teresak-esak dia menangis dengan pengakuan itu. Tiada sepatah pun kata ‘I love you’ tapi itulah maksud yang ingin disampaikan. Entah kenapa dia jadi sayu dengan kata-kata Kimmy. Dulu Kimmy pernah menyuarakan hasrat supaya mereka bersahabat baik selamanya, namun kini Kimmy merayu supaya dia menjadi miliknya untuk selamanya.

Nadira bingkas bangun dan bersiap-siap untuk pulang berjumpa Kimmy.  Kereta Hidayah dipinjam bagi memudahkan perjalanannya.

“Kimmy...” serunya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Kimmy membuka sedikit matanya yang baru saja terlelap.

“Hmm...” balas Kimmy perlahan. Hari ni terlalu banyak kerja di pejabat dan dia berasa cukup letih. Nadira menghampiri Kimmy yang berbaring di sofa.

“Betul ke kad ni Kimmy pos kat Dira?”

“Hmm...” balasnya perlahan.

“Betul ke Kimmy yang tulis semua ni?”

Kimmy membuka matanya. “You know my handwriting very well. I wrote that. Why?”

Nadira teragak-agak untuk berkata-kata. “Dira nak tahu, betul ke Kimmy... errr... betul ke... Kimmy... suka kat Dira?” Fuhhh....! Malunya nak tanya soalan macam ni.

Kimmy bangun daripada pembaringan dan berdiri tegak di hadapan Nadira.

“Tak! I tak kata pun I suka kat you. Ada tak dalam kad tu cakap yang I suka kat you?”

Nadira terkedu. Hah? Alamak! Malunya... ish bodohnya aku ni.... tulah gatal-gatal pergi tanya  macam ni kenapa? Kesalnya dia bertanyakan soalan itu tadi. Bertambah-tambah malunya bila mengingatkan tadi dia beriya-iya menangis kerana Kimmy. Habis dia hantar lagu Dealova tu buat apa?

“Mari I tengok kad tu!” pintanya. Nadira menyerahkan kad berwarna biru lembut itu padanya. Hatinya sudah mula hendak menangis. Bermakna betullah Kimmy memang mahukan dia sebagai sahabat saja? Habis, siapa hantar kad ni? Tapi tadi dia mengaku yang dia tulis kad ni. Hish, confuse lah.

“Nurul Nadira, I cuma cakap that I just want you to be my wife forever. Memang I takde mention pun yang I suka kat you, sebabnya I sayangkan you.  It’s more than that. I love you, in English. Tu aje. So, you jangan berangan nak cari lelaki lain lagi lepas ni sebab I takkan ceraikan you, faham?”

Nadira tersentak. Terkejut dengan cara Kimmy  meluahkan perasaan cinta padanya. Straight forwardnya!

“Biar I berterus-terang dengan you. I memang dah lama suka dekat you. I mean, sayang kat you. Since high school. Tapi kalau masa tu I cakap I cinta kat you, you mesti tinggalkan I, kan? So, I dah letih nak simpan semuanya kat dalam hati ni. Tujuh tahun tau! What Fauzi did to you was a benefit to me. I cuma ambil kesempatan. Masa I propose you dulu, memang I nak paksa you kawin dengan I. Ok, nampaknya you memang dah masuk perangkap I. Sekarang ni you dah jadi hak I sebanyak 50 percent and kalau you sudi, you bagilah yang balance 50 percent tu kat I supaya you boleh jadi milik I seratus peratus. Boleh?”

Nadira terdiam mendengarkan kata-kata yang lancar keluar daripada mulut Kimmy yang bagaikan membaca skrip. Skrip tu agaknya dah berzaman hafal! Tapi betul ke dia suka kat aku daripada dulu? Patutlah caring semacam. Gentleman lagi. Hmm... ada udang di sebalik batu rupanya. Entahlah, kenapa aku tak perasan ya? Yalah, tak sangka pulak ada lelaki Cina suka kat aku. Dahlah tu, kahwin pun ala-ala koboi. Konon nak protect kite, rupanya memang nak kat kite. Dan bila dia teringat pasal 50 percent tu, dia tergelak kecil.

“This is crazy. Bila masa pulak Kimmy dah dapat 50 percent tu?”

“Okay, 25 percent masa I cakap ‘aku terima nikah Nurul Nadira bla bla’ tu kan. Satu lagi masa... mmm... malam tu lah... so jadilah 50 percent,” Kimmy menjawab selamba. Nadira tersenyum malu mengingatkan kejadian ‘malam pertama’ mereka. Gila betul dia ni!

“Iyalah. Malam yang kena paksa tu yer... semuanya pasal Fauzi. He always give all the benefits to you, kan?” perlahan Nadira membalas kata-kata Kimmy.

Kimmy tersentuh dengan kata-kata Nadira yang bersahaja itu. Dia menghampiri Nadira lantas memeluk isterinya itu erat-erat. Nadira agak terperanjat namun dia hanya mendiamkan diri. Entah kenapa dia berasa selamat didalam dakapan Kimmy. Yang dulu dianggap sahabat, tapi kini disayangi sepenuh hati.

“I’m sorry, Dira. I promise it won’t happen again. I’m sorry...” bisik Kimmy di telinga Nadira. Sudah lama dia ingin meminta maaf sejak kejadian itu namun hari ini dia berpeluang mengucapkannya. Bukan dia tidak mahu tetapi dia juga malu untuk berbicara tentang perbuatannya terhadap Nadira itu.

Nadira membalas pelukan Kimmy perlahan. Airmata gugur jua. “Dira minta maaf selama ni Dira jadi isteri yang berdosa,” pintanya.

“Shh.. jangan cakap macam tu. You tak ada salah dengan I.”

“Kimmy akan jaga Dira dengan baik?” tanya Nadira sambil jarinya mengesat airmata yang jatuh tadi.

“Of course, Dira... of course...” balas Kimmy lembut. Tiba-tiba dia meleraikan pelukan mereka. “So, I dah dapat lah 50 percent I ni?”

Nadira mencubit manja lengan Kimmy. “Apa pulak? Dira bagi 25 peratus je dulu.”

“Alaaaa... bila boleh dapat lagi 25 percent tu? Nak kena tunggu tujuh tahun lagi ke?”

“Taklah lama sangat... dua tahun je lagi, lepas Dira habis study. 25 percent tu Dira simpan untuk bagi Kimmy jadi daddy, ok tak?” ujarnya manja. Kimmy tersenyum riang. Mestilah boleh sayang ooiii... Sekarang pun takpe...

Malam itu, Kimmy menitiskan air mata ketika berteleku di tikar sembahyang, menyampaikan rasa syukur yang tidak terhingga kerana Tuhan telah mengabulkan doanya selama ini. Dia berdoa agar rumahtangga yang dibina bersama isterinya akan dipanjangkan sehingga akhir hayat mereka di dunia dan akhirat.

Selesai peperiksaan Nadira, mereka berdua bercuti ke luar negara menggantikan honeymoon mereka yang belum sempat dinikmati.

Tiada Lagi Dendam

Aku memejam mataku rapat-rapat. Airmata lelaki gugur jua akhirnya. Mula-mula perlahan. Lama-lama aku teresak. Aku menyesal. Aku bertaubat. Di atas sejadah biru pemberian abahku, aku berteleku lama. Aku baru sudah solat taubat dan solat hajat.

Senaskhah al-Quran ku pegang erat. Aku mahu membaca al-Quran, untuk ku sedekahkan pada dua orang yang ku sayang. Arwah kakakku, Mashitah dan Khairunnisa, sahabatku yang sedang bergelut dengan maut ketika ini. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini dan semoga Kau selamatkanlah sahabatku, Nisa.

Sudah lama aku tinggalkan amalan ini. Mengaji al-Quran. Mama selalu berpesan, solat lima waktu jangan tinggal. Mengaji jadikan amalan. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.

Kenapa aku jadi anak yang begini? Abah dan mama begitu taat menjalankan kewajipan sebagai orang Islam. Kakakku juga begitu. Tetapi kenapa aku tidak begitu? Kenapa aku lalai?

Mengingati Mashitah, arwah kakakku, aku jadi semakin sebak. Kerana dialah aku jadi syaitan bertopengkan manusia. Kerana kematian dialah aku jadi seorang pendendam. Semuanya kerana kakak yang ku sayangi itu.

“Kakak masuk ICU, Siddiq,” ujar mama perlahan. Aku terkesima. Kenapa tiba-tiba masuk ICU?

“Mungkin tiada harapan…,” sambung mama lagi. Aku tidak terkata.

Sepanjang sebulan kakak di ICU, kami sekeluarga sentiasa bergilir menjaganya. Bila aku tiada kelas, aku menggantikan mama atau abah menjaganya. Kadang-kadang ibu mertua kakak atau adik iparnya ada juga datang menjaga. Sesekali aku lihat adik iparnya, Nisa, merangkap sahabatku, menangis sambil mengusap-usap ubun kakak.

Aku jadi benci melihat perbuatannya. Entah kenapa. Mungkin kerana aku bencikan abang Nisa, iaitu abang iparku kerana memperlakukan kakak sedemikian rupa.

Abang iparku, Zakuan, memang manusia yang tiada hati perut barangkali. Mereka sudah berkahwin tiga tahun yang lepas tapi masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi bila kakak didapati hamil, dia berubah. Dia menuduh kakak curang. Anak yang dikandung kakak belum tentu anaknya. Aku pun tak faham kenapa dia jadi begitu? Bukankah itu yang dinantikan selama ini?

Mama memberitahu abang Zakuan memang seorang yang kuat cemburu. Pekerjaan kakak sebagai eksekutif pemasaran menuntutnya untuk berjumpa dengan klien selalu. Itulah punca utama cemburu butanya itu. Akhirnya kakak menjadi mangsa.

Sejak kakak mengandung, dia selalu memukul kakak tanpa alasan yang kukuh. Kami tidak tahu perkara itu sehinggalah kakak masuk ICU. Birat-birat seluruh tubuh kakak. Lebam di sana sini. Parut luka merata tempat. Kakak terjatuh di rumahnya kerana hilang kawalan akibat terlalu stress. Kandungannya yang berusia tujuh bulan itu tidak dapat diselamatkan. Akibat pendarahan yang teruk, kakak tidak sedarkan diri hampir sebulan di ICU sebelum dia sendiri kembali menemui Ilahi.

Aku tidak menangis. Sedikit pun tidak. Aku membantu menguruskan jenazahnya hingga ke liang lahad. Abang Zakuan tidak kelihatan. Dia hilang sebaik saja kakak masuk ke ICU. Aku jadi marah dengan dia. Teramat marah. Aku mahu buat perhitungan dengan dia. Tetapi aku tidak berjumpa dengan dia. Aku tak tahu dia ke mana. Lagi pula, kelas yang terpaksa ku hadiri menyekat pergerakanku.

“Kes ni dah jadi kes polis. Biar mereka yang uruskan,” jawab mama sebaik aku usulkan cadangan untuk mencari abang Zakuan. Pada mama, walau apa yang kita lakukan, kakak tetap tidak akan kembali. Aku terus diam sambil mama mengesat airmatanya yang berjujuran.

Suatu hari di dalam kelas, Nisa menegurku. Aku sudah lama tidak bercakap dengannya. Dulu kami akrab. Mengambil jurusan yang sama, kelas yang sama, sudah cukup merapatkan kami. Namun tidak lebih daripada itu. Aku sudah punya kekasih. Jadi memang Nisa ku anggap sahabat baik dalam pengajianku, sementelah dia adalah adik ipar kepada kakakku.

“Siddiq, Nisa minta maaf bagi pihak abang,” ucapnya perlahan. Aku diam saja. Keadaan kelas agak bising kerana menunggu pensyarah datang. Aku pula pura-pura membaca buku walaupun ketika itu fikiranku melayang entah ke mana.

“Nisa pun sayangkan kakak…,” katanya tersekat-sekat. Aku tahu dia hampir menangis. Aku juga tahu hubungan dia dengan kakak aku sangat rapat. Tetapi entahlah, selagi aku tidak bertemu dengan abang Zakuan, seolah-olah ada hutang yang masih belum selesai.

Nisa berlalu pergi apabila kata-katanya tidak mendapat responku. Aku memerhatikan Nisa dari jauh. Tiba-tiba syaitan datang menghasut. Aku tersenyum. Aku tahu bagaimana caranya untuk buatkan abang Zakuan pulang.

*********

Usai berdoa, aku berbaring di katil. Airmataku kering dengan sendirinya. Siling ku tenung. Memikirkan kembali perbualan antara aku dengan mama seminggu yang lalu.

“Tak sangka betul. Anak lelakinya menuduh anak kita curang, rupa-rupanya anak dia sendiri lagi teruk,” ujar mama. Hairan pula aku. Apa yang mama cakap ni? Mama cakap pasal abang Zakuan atau Nisa?

“Kenapa, ma?” soalku ingin tahu.

“Tulah, budak Nisa tu. Kan abang dia tuduh kakak kamu curang dengan dia, sampai mengandung kononnya. Habis tu, si Nisa tu yang mengandung tapi belum kahwin tu, apa cerita?” jawab mama sinis. Zapp! Jantungku serasa ingin putus. Macam mana mama tahu Nisa mengandung?

Ada kawan mama kat hospital tadi yang cakap,” mama bersuara seperti tahu apa yang ada dalam fikiranku. Tapi tiba-tiba mama mengeluh.

“Tapi kesian pulak budak Nisa tu. Tak sedar diri sekarang ni. Dahlah semester akhir, macam-macam hal. Silap-silap kena gantung universiti,” tambah mama lagi. Hah? Tak sedar diri?

“Tak sedar diri, ma?” soalku berani-berani takut.

Mama mengangguk lemah. “Dah dua hari dah,” balas mama pendek. Aku terdiam. Betullah khabar angin yang ku dengar dari teman sekuliah mengenai Nisa.

“Rugi kau tak pergi fruit exhibition tu. Macam-macam jenis buah ada. Bentuk pun pelik-pelik,” ujar Anis pada Zila yang tidak ikut serta ke Pameran Buah Antarabangsa pada Sabtu lepas.

“Buah yang pelik-pelik tu korang beli tak? Meh la aku nak tengok,” tanya Zila.

“Buah pelik kitaorang tak beli. Buah tempatan ada beli. Support lah sikit barang tempatan. Hehehe…” Anis menyeringai.

“Anis, Nisa ikut korang hari tu?” tanya Zila tiba-tiba.

“Ikutlah. Kenapa?” soal Anis kembali pada Zila.

“Takdelah. Dalam beberapa bulan ni aku tengok lain macam jer perangai dia. Senyap. Sunyi. Sepi. Memanglah dia tu tak kepochi macam kita, tapi semakin senyap je aku tengok perangai dia. Semakin lama semakin senyap, semakin diam. Exam tinggal berapa minggu je lagi ni,” Zila meluahkan rasa hati tentang keadaan Nisa yang serasanya semakin jauh daripada mereka. Sedangkan mereka akan menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi. Semester akhir pula tu.

“Tension sangat kot. Kita kan dah nak final exam ni,” sampuk Rianti. Aku yang pada mulanya sedang leka membaca buku tiba-tiba tersentak apabila nama Nisa disebut-sebut. Mulalah telingaku menjadi lintah, mencuri dengar perbualan mereka.

“Tapi kan korang….” Anis membetulkan duduknya. “Hari tu dia beli banyak tau buah nenas. Lepas tu masa kitaorang on the way balik tu, siap berhenti kat kedai and beli botol besar coke,” ucap Anis perlahan ala-ala makcik bergossip tapi aku masih dapat dengar dengan jelas sejelas-jelasnya.

“So, kenapa? Dia suka makan nenas dengan coke kot?” balas Zila.

“Itulah yang pelik tu. Nisa mana minum coke? Dia kan tak berapa suka minum air bergas ni. Kalau nenas tu aku tak sure lah. Tapi aku ingat dulu dia pernah cakap dia tak suka makan benda tajam-tajam, perut dia sensitif. Nanti cirit-birit. Tu yang aku pelik tu,” beriya-iya Anis bergosip tentang Nisa.

“Dia beli untuk mak dia kot. Ha ha ha…”

“Kau ni Zila. Aku serius lah,” kata-kata Anis menghentikan tawa Zila.

“So, kau nak kata apa? Nisa pregnant? So dia makan buah nenas and minum coke to abort it?”

Anis menjuih bibir sambil menjungkit bahunya. Tiada jawapan pada persoalan itu.

“Aku tak rasa Nisa buat perangai macam tu lah. She’s not like that,” Zila bersuara pasti. Sepanjang persahabatan mereka, walaupun tidak berapa rapat, Zila pasti Nisa bukan perempuan sedemikian.

Sementara aku terus gelisah di tempat dudukku. Nisa mengandung? Betul ke?

Persoalan yang tiada jawapan itu aku simpan sehingga aku terserempak dengan Nisa keesokan harinya.

“Nisa, are you pregnant?” tanyaku padanya setelah dia ku ajak ke satu sudut yang agak tersembunyi daripada orang ramai.

Nisa nampak terkejut. Namun dia tidak menjawab. Dia tunduk memandang lantai.

“I’m talking to you!” aku bersuara keras.

“Kalau ya, kenapa? Kan awak memang nak Nisa macam tu?” soalnya kembali. Aku tersenyum puas. Memang aku puas hati! Lebih puas lagi kalau Zakuan dapat tahu dan dia balik sini mencari aku. Itulah tujuan aku. Senang-senang seksa kakak aku sampai mati. Kau ingat aku nak berdiam diri ke? Jangan mimpi, Zakuan!

“Congrats! Jangan lupa bagi tahu kat Zakuan keparat tu. Lepas tu, suruh dia balik kalau dia nak buat perhitungan dengan aku! Aku nak dia rasa apa yang aku rasa!” dan aku terus pergi lepas aku berkata demikian.

Iya, akulah yang bertanggungjawab membuatkan Nisa hamil. Akulah lelaki itu. Lelaki yang tidak habis dengan dendamku.

Aku merencanakan Nisa supaya datang ke rumah pada suatu petang. Aku memberi alasan mama dan abah yang mengajak sedangkan aku tahu mama dan abah pulang ke kampung selama seminggu. Di bilik tidurku sendiri, Nisa tewas ditanganku. Dan dia sama sekali tidak menyerahkan mahkota itu dengan rela. Aku yang memaksa. Aku benar-benar hilang akal petang itu. Aku pukul dia dengan tali pinggang. Aku tendang dia. Aku tumbuk dia. Aku lakukan dia seperti mana abang Zakuan lakukan terhadap kakak.

Gila! Aku hilang pedoman petang itu. Setiap kali dia menjerit, bayangan kakak menjerit melintas dalam fikiranku.

“Macam nilah abang kau buat kat kakak aku! Kau ingat seronok ke?!” aku terus memukul-mukulnya tanpa belas kasihan. Nisa cuba mempertahankan dirinya. Berkali-kali dia meminta maaf dan merayu aku menghentikan lakuku. Tetapi aku tidak peduli. Rayuannya pasti sama dengan kakak sewaktu merayu daripada abang Zakuan. Kalau Zakuan tidak peduli, kenapa aku mesti peduli?!

“Siddiq, please… ini maruah Nisa… untuk suami Nisa… please, Siddiq…” dan aku tetap tidak peduli rayuannya. Banyak cantik! Abang kau dah pijak-pijak maruah kakak aku dan sekarang kau nak cakap pasal maruah??

Aku simpan Nisa di rumahku lebih kurang lima hingga enam hari, sebelum kepulangan mama dan abah. Aku tidak mahu dia pulang ke rumah dalam keadaan yang teruk. Aku biarkan luka dibadannya beransur kering supaya ibunya tidak begitu perasan. Dan sepanjang dia berada dalam kurunganku, aku pastikan dia menelefon ibunya setiap hari. Dengan suara yang ceria dia memberitahu ibunya dia berada di rumah kawannya, menelaah pelajaran bersama-sama. Setiap malam aku perlakukan dia seperti isteriku yang sah. Nisa terpaksa akur asalkan aku tidak memukulnya. Itu syaratnya.

Pada hari aku lepaskan dia, aku hantar dia sampai ke pintu rumah ibunya. Sebelum dia keluar, aku sempat berpesan, “Aku harap kau mengandung. Lepas tu aku harap kau beritahu abang kau, akulah lelaki yang hancurkan hidup kau. Seperti mana dia hancurkan hidup kakak aku. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Aku nak dia berhadapan dengan aku!”

Nisa lantas keluar selepas aku menyampaikan pesanku. Dan semenjak itulah Nisa berubah. Dia cuba elakkan diri daripada bertembung dengan aku. Trauma mungkin. Kadang-kadang kelas tidak dihadiri. Assignment tidak dihantar. Kadang-kadang dia ada di kelas, kadang-kadang hilang. Pelajarannya terus merosot. Beberapa kali dia dipanggil untuk kaunseling. Entahlah, aku tidak peduli. Selagi dendamku tidak berbalas, selagi itu aku tidak puas.

*******

“Kamu dah gila ke, Siddiq?!” mama menjerit ke arahku sebaik cerita sebenar diketahuinya. Sungguh, mengakui kejahatan sendiri tidak semudah yang disangka. Aku tidak betah bila mengetahui Nisa sudah tidak sedar selama dua hari. Masuk hari ni, hari ketiga. Sepanjang malam aku tak tidur memikirkan sekiranya Nisa tidak panjang usia seperti kakak. Ya Allah… ampunkan aku! Rintihku.

“Tak ingat Allah ke, Siddiq? Hilang akal ke kamu? Kalau abang dia jadi binatang, kenapa kamu nak ikut jadi binatang macam dia?!” jeritan mama bercampur raungannya tidak sanggup aku dengar lagi. Ya, inilah hukumanku. Itu baru daripada mama. Daripada Allah? Aduhaiii….

“Kamu tahu tak pihak polis tengah cari dia sekarang. Kamu nak terima nasib yang sama ke? Kalau kamu nak dia rasa apa yang kamu rasa, jadi kamu kena bersedia untuk rasa hidup di penjara. Ataupun pelarian. Kamu nak macam tu?! Anak mama dua orang je, Siddiq. Kalau kamu masuk penjara atau hilangkan diri macam Zakuan tu, siapa nak jaga mama dengan abah nanti? Ha, Siddiq??!!” jerit mama ke arahku. Iya, aku baru tersedar akan natijah ini. Kalau aku di penjara dan kakak pun tiada, siapa nak jaga mama dengan abah? Kenapa aku tak fikir semua ni sebelum ni? Kenapa? Kenapa?

“Malu mama ni, Siddiq! Mana mama dengan abah nak letak muka kami ni? Ya Allah ampunkanlah dosa aku kerana lahirkan budak ni, ya Allah …. !” kalimah mama itu telah menyentapkan urat jantungku. Mama menyesal lahirkan aku ke? Aku lantas bangun dan memeluk mama erat-erat.

“Ma… jangan cakap macam tu, ma…. Siddiq minta maaf, ma… !” pintaku. Berkali-kali aku ulang ayat yang sama hingga kedengaran tangisanku. Tak sanggup mendengar kata-kata mama yang terang dan jelas bahawa dia menyesal aku menjadi anaknya. Di mana tempatnya aku nanti kalau mama tak maafkan aku?

Pelukan aku longgarkan bila mama mengusap-usap belakang badanku. Kemudian mama memegang wajahku. Sendunya mula perlahan.

“Siddiq… Nisa dengan ibunya tak pernah mengkhianati kakak kamu. Mereka begitu baik dengan arwah. Sangat sayangkan arwah. Kenapa kamu menyakiti orang yang sayangkan kakak kamu?” ujar mama perlahan. Aku tidak menjawab. Tiada jawapan pada persoalan itu.

“Kamu tahu tak, ibu Nisa pasti sedang bersusah hati dengan keadaan Zakuan yang diburu polis. Entah dimana anaknya tu. Lepas tu kamu tambah lagi masalah dia dengan perbuatan kamu kat Nisa. Bertambah-tambah runsing lagi hatinya,” mama menarik nafas panjang sebelum menyambung. “Dan terima kasih sebab bagi mama rasa apa yang ibu Nisa rasakan sekarang.”

Aku pandang wajah mama.

“Bukan, ma! Siddiq tak berniat macam tu. Siddiq tak mahu mama jadi macam ibu Nisa…”

“Jadi kenapa kamu buat mama rasa macam ni? Mama rasa susah hati, mama rasa malu, mama rasa sedih, marah, geram, takut! Mama rasa macam mama ni tak pandai didik anak. Mama tak didik kamu jadi pendendam. Ada tak mama dengan abah berdendam dengan Nisa dan ibunya? Ada tak?”

Aku menggeleng lemah.

“Ini semua takdir, Siddiq. Takdir. Kita kena redha dengan ketentuan Allah Taala. Siddiq dah besar. Dah matang. Tak perlu mama nak ajarkan benda-benda yang asas macam ni lagi. Mama rasa mama macam dah gagal mendidik Siddiq!”

“Tak, ma… mama tak gagal. Siddiq yang tak gunakan akal fikiran…”

“Sekarang pandai pula kamu nak cakap pasal akal dan fikiran? Kamu tahu tak yang kamu bertuhankan nafsu ketika lakukan perkara tu kat Nisa?? Kamu tahu kan nafsu tu jahat? Sebab itu Allah turunkan akal pada manusia supaya kita boleh berfikir? Kamu tahu kan semua tu? Ha, Siddiq?!” suara mama kembali lantang. Aku mengangguk-ngangguk perlahan. Apa lagi  yang harus ku katakan. Semua yang mama cakap tadi benar belaka, aku memang bertuhankan nafsu!

Sejenak kami terdiam. Masing-masing hilang kata. Aku pula terus menantikan kata-kata daripada mama. Dalam erti kata lain, hukumlah Siddiq, ma!

“Sudahlah, Siddiq. Bertaubatlah, nak. Minta ampun daripada Allah. Kembalilah pada-Nya. Kemudian, jumpalah Nisa. Cubalah bercakap dengan dia. Bertanggungjawablah, nak. Buktikan yang mama tak gagal mendidik kamu,” mama bersuara longlai lalu pergi dari situ. Sementara aku masih termangu di sofa, menganalisa setiap bait ayat yang diucapkan mama tadi.

Siddiq, kembalilah pada Allah dan buktikan pada mama yang dia tidak gagal mendidik anak-anaknya!

***************

Dua minggu sudah berlalu dan Nisa masih belum sedar. Aku resah. Namun doa dan harapanku pada Yang Maha Esa tidak pernah surut. Aku berjanji akan menjadikan Nisa sebagai isteriku bila Nisa sudah sembuh nanti. Dia akan ku jaga sebaik mungkin, ibarat menatang minyak yang penuh. Itu janjiku.

Perkara pertama yang kulakukan, memutuskan perhubungan dengan Suraya. Tanpa sebab dan alasan. Aku cuma menyuruh Suraya mencari lelaki yang lebih baik daripada aku. Suraya amat marah. Aku sekadar mendiamkan diri. Cintaku pada Allah melebihi segalanya. Suraya seorang yang baik, lemah-lembut dan cantik. Pasti tidak sukar mencari pengganti diriku. Maafkan aku, Suraya.

Kedua, aku mengunjungi hospital petang itu selepas  habis kelas. Kelas terakhir sebelum minggu peperiksaan bermula dua minggu lagi. Alhamdulillah dia sudah sedar. Sebelum berjumpa Nisa, aku jumpa ibunya.

Perasaan gugup memenuhi ruang hatiku. Mana mungkin orang yang bersalah seperti aku boleh berlagak biasa. Aku tahu mama telah berjumpa ibu Nisa. Telah menceritakan segala-galanya dan telah memohon maaf bagi pihak diriku. Mama juga telah menyampaikan hasrat hatiku yang akan memperisterikan Nisa sebaik Nisa sembuh. Dan aku benar-benar terharu kerana ibu Nisa tidak sekali pun mendendami aku. Kenapa aku tidak begitu?

“Siddiq minta maaf, makcik…” perlahan sekali tuturku.

Ibu Nisa sekadar tersenyum. “Sekurang-kurangnya Siddiq tak lari daripada tanggungjawab. Siddiq bukan pengecut macam Zakuan.”

Zakuan? Sudah beberapa hari nama itu tidak ada dalam kotak fikiranku. Aku sudah maafkan dia barangkali. Tak penting. Biarlah dia dengan hidupnya sebagai seorang pelarian. Aku tidak mahu jadi pengecut sepertinya.

Memang benar kata mama, ibu Nisa baik orangnya. Memang dia kesal dengan apa yang telah berlaku tetapi takdir tidak akan berpatah balik. Sekurang-kurangnya, dia berasa lega dengan janjiku yang akan menjaga Nisa selepas ini.

Menurut ibu Nisa, dia perasan akan perubahan diri Nisa sejak dua bulan ini. Dia lebih suka berkurung dan mengasingkan diri. Jarang pergi ke kelas dan kerap termenung. Jarang makan. Makanan kesukaannya, nenas dan air coke. Ataupun benda-benda yang tajam. Sesekali dia mengingatkan Nisa tentang perutnya yang sensitif itu, tetapi Nisa tidak peduli. Pernah juga beberapa kali dia menenangkan Nisa kerana Nisa menjerit-jerit ketika dalam tidur. Terakhir, dia terjumpa Nisa di dalam biliknya sudah tidak sedarkan diri. Dalam biliknya bersepah-sepah papan panadol. Darah berlumuran di sana sini. Nisa mempertaruhkan nyawanya untuk menggugurkan kandungan itu.

Aku diam sahaja mendengarkan cerita ibu Nisa. Aku jadi sebak. Pasti Nisa tertekan akibat perbuatanku. Hatiku mula sebak. Kenapa Siddiq jadi macam ni, ma…?

Aku memerhatikan wajah Nisa tanpa berkedip. Dia tidak memandangku. Mungkin takut. Atau benci. Wajahnya pucat lesi. Cengkung sedikit. Badannya pun semakin kurus.

“Lepas Nisa sembuh, kita kahwin ya?” ucapku takut-takut. Perkara ketiga, terakhir dan paling sukar yang hendak ku lakukan, mengajak Nisa kahwin denganku.

Nisa mengalirkan airmata. Aku kaget. Entah apa yang berada dalam fikirannya.

“Kenapa?” soalnya.

“Saya bersalah pada Nisa. Juga pada Allah. Tapi saya mahu bertaubat, Nisa. Berilah saya peluang membetulkan keadaan. Maafkan saya, ya?” pintaku seperti anak kecil.

Agak lama Nisa diam. Airmatanya masih laju membasahi pipi. Hendak ku seka, masih tidak halal bagiku. Huh, sekarang tahu pulak halal dan haram! Dengus hatiku menyalahkan diri sendiri.

Tiba-tiba ibu Nisa datang lalu mengelus perlahan rambut Nisa.

“Nisa… Ibu dah tahu segala-galanya daripada Siddiq,” ujar ibu Nisa tanpa disuruh. Nisa kelihatan agak terkejut.

“Ibu dah tahu?” soalnya.

“Ya, Nisa. Cuma Siddiq tak mahu jadi pengecut macam abang Zakuan. Dia mahu bertanggungjawab. Dia kata, dia menyesal. Dan mahu bertaubat. Dia mahu membahagiakan Nisa, kalau diberi peluang. Apa-apa pun, terserah pada keputusan Nisa,” ucap ibu Nisa lembut. Aku yang mendengar perbualan itu jadi tak keruan. Janganlah Nisa menolak permintaanku.

Nisa menyeka airmatanya yang sudah berhenti. “Suraya?”

Aku tersenyum kelat. “Saya dah lepaskan dia.”

“Macam tu aje? Tak takut dia marah ke?” soal Nisa sinis.

“Saya lebih takutkan Allah, Nisa,” jawabku yakin. Memang itu pun sebenarnya alasanku. “Dan saya lebih takut kalau jadi manusia yang tidak bertaubat. Berilah peluang itu pada saya.”

“Kalau saya maafkan, awak akan tarik balik tawaran berkahwin tu?”

Aku terdiam. Entah kenapa hatiku sedikit gusar. Tidak ada jawapan untuk soalan ini. Sekiranya Nisa maafkan aku, aku tak perlu kahwin dengan dia? Eh, mana boleh! Aku memang nak kahwin dengan dia. Aku nak kotakan apa yang telah aku janjikan. Aku nak jadi suami yang baik buatnya.

“Tidak,” jawabku setelah lama diam.

“Tapi awak kena tunggu, saya belum habis study lagi.”

“Saya sanggup.”

Nisa melepaskan keluhan berat. “Kalau macam tu… setahun dari sekarang lah ya. Bagilah masa saya habiskan study dan bekerja sekejap. Sekurang-kurangnya takdelah orang tuduh saya rampas boyfriend Suraya.”

Aku senyum kelegaan. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya Dia memakbulkan doaku.

Ibu Nisa memeluk erat Nisa. Aku pulang sebaik mendengar jawapan itu. Aku mahu khabarkan berita ini pada mama secepat mungkin. Tahun depan insya-Allah umurku dua puluh enam tahun dan Nisa baru dua puluh empat. Okaylah tu kalau nak mendirikan rumahtangga. Dulu, aku pernah bekerja dahulu sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah. Sebab itu umurku agak lewat nak dibandingkan dengan budak-budak sekelasku. Rasanya, aku yang paling tua dalam kelasku.

Setahun selepas itu aku dan Nisa dinikahkan secara sah. Sepanjang setahun sebelum itu, perhubunganku dengan Nisa tidak seperti ketika aku bersama Suraya. Nisa tidak suka keluar tidak menentu. Tidak suka bergayut di telefon. Tidak suka kerap bersama. Kalau aku pergi ke rumahnya, mama mesti bersamaku. Aku tahu Nisa masih trauma, terutama bila aku ada. Sebab itulah aku turutkan kehendaknya, asalkan dia sanggup menjadi isteriku.

Usai solat sunat bersama, aku berdoa agak panjang. Nisa mengaminkan. Aku minta, biarlah jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dikurniakan kebahagiaan dan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga di akhirat kelak, biarlah bidadariku nanti sebaik-baik wanita, yakni isteriku Khairunnisa’ binti Khairuddin. Amin.

Nisa mencium tanganku, aku mencium dahinya. Sejuk. Aku tahu dia masih takut dengan aku.

“Nisa, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Sekali lagi, abang minta maaf banyak-banyak dekat Nisa atas perbuatan abang dekat Nisa. Kalau boleh, abang nak kita mulakan hidup baru lepas ni. Abang tak mahu lagi peristiwa tu disebut-sebut. Bagi abang, Nisa memang perempuan yang suci dan mulia. Abang yang jahat…” tiba ke ayat terakhir aku terasa lemah mengucapkannya.

“Tadi kata tak nak cakap pasal peristiwa tu lagi,” Nisa bersuara mengingatkan aku. Aku tersenyum kecil. Macam dapat semangat baru pulak dengar Nisa cakap macam tu.

Nisa membuka telekung. “Nisa nak pergi dapur jap. Nak minum air tak?”

“Siapa nak minum?” soalku.
Nisa teragak-agak menjawab. “Mmm… awaklah…”

“Awak?” soalku lagi. ‘Awak’ jer dia panggil aku. Punyalah bagus aku panggil diri aku ‘abang’ selama ni. Tulah, masa bertunang dulu dia memang tak mahu biasakan diri panggil aku ‘abang’. Sampai sekarang pun masih tak biasa.

“Panggil ‘abang’,” kataku menyakatnya.

Nisa malu-malu. Pipinya merona merah. Malulah tu. “Hmm… besoklah!” balasnya lalu keluar dari bilik.

Aku senyum bahagia. Moga kebahagiaan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat kami. Moga-moga dapat anak yang ramai. Nisa, abang janji akan kotakan janji abang sebelum ni. Percayalah, Nisa.

Dan abang Zakuan? Entahlah dimana dia. Mungkin sudah tiada di Malaysia. Yang penting, tiada dendam di hatiku lagi dengannya. Sekiranya dia pulang, aku juga ingin memohon ampun daripadanya kerana pernah berlaku buruk dengan Nisa suatu ketika dulu. Kini aku tahu kenapa Nisa tidak memberitahu perbuatanku dulu pada abangnya mahupun ibunya. Jawapan yang mudah, supaya dendam ini tidak berpanjangan. Tidak berlarutan. Bersihnya hati Nisa. Semoga Allah juga bersihkan hatiku daripada dendam dan prasangka. Moga hati ini selalu bersih bila mengingati-Mu, Ya Allah… Amin.